U n Uols

Khamis, Julai 19, 2012

Bab 16: Hati Bertanya Siapa Kamu

Pintu rumah dibuka. Che Peah dan Intan melangkah keluar sementara Dayang menahan pintu. Kepala dijenguk ke dalam rumah untuk memeriksa jika ada manusia yang masih berada di dalam. Apabila pasti semua orang sudah berada di luar, Dayangku Inara mengunci pintu dengan segugus kunci di tangan. Selesai tugasnya, dia berpaling menghadap kedua-dua orang temannya. Agak terkejut apabila mendapati bukan lagi dua batang tubuh yang sedang menunggunya, tetapi sudah bertambah menjadi tiga orang!


" Morning..." Dirinya disapa manusia ketiga.


Dayang jeling. Punca yang menyebabkannya berkelakuan demikian tidak dapat dipastikan. Mungkin juga dia ambil hati kerana manusia itu mungkir janji semalam.


" Nak apa?"


" Nak Dayang. Eh...tak....tak....saya nak hantar Dayang pergi kerja." Gibran membetulkan ton suara. Malu tersasul kata depan kawan-kawan Dayang. Terbawa-bawa perangai ketika zaman gelapnya dulu. Zaman-zaman di mana dia bergelar musang berbulu ayam.


" Saya naik bas!"


Che Peah dan Intan tengok sahaja. Berdiri di situ seperti tiang lampu.


" Tak boleh! Pergi dengan saya." Tegas.


" Tak nak! Tak nak! Tak nak!" Dayang kerling marah. Bukannya dia marah sangat tak dapat keluar dengan Gibran semalam. Entahlah.....


" Dayang....." Mengedurkan suara.


" Intan, Che Peah....jom kita gerak. nanti lambat!" Dia dah berani panjang langkah kembali sejak semalam. Elok sahaja dia menapak ke sana sini menjajak pusat beli belah. Kakinya langsung tak terasa sakit.


Gibran menapak selangkah. Halang Dayang dengan tubuhnya. " Tak boleh pergi kerja.....kecuali dengan saya."


" Orang ni.....ingat dia siapa?!" Dayang ketap bibir. Geram. Intan dan Che Peah dah ke depan. Tinggal dia sahaja yang terhalang dek Gibran betul-betul di hadapan pintu rumah. Kanan dan kirinya di halang dinding batu separa pinggang. Dinding yang menjadi sempadan setiap rumah dengan rumah yang lain.


" Korang gaduhlah sampai puas! Kami dah lambat ni..." Che Peah mencelah. Malas dia nak campur urusan gaduh-gaduh sayang Dayang dengan Gibran. Gaduh-gaduh sayang tak apa. Jangan seorang pegang parang, seorang pegang kapak. Mati terkejut Che Peah!


" Che Peah...." Rayu Dayang. Che Peah melambai-lambai berjalan menuju lif.


" Aku ikut Che Peah...." Intan pula menyusul. Berlari-lari anak mengejar Che Peah.


" Intan!" Intan dan Che Peah hilang ditelan lif. Tinggalah dia dengan Gibran terkulat-kulat.


" Awak marah saya ke? Merajuk sebab saya mungkir janji?"


" Taklah!"


" Habis kenapa tak ada respond bila saya called?"


" Bateri kong!"


" Habis kenapa nak pergi kerja sendiri? Tak nak pergi dengan saya lagi?"


" Sebab....sebab....Kenapa kena cakap dengan awak?"


" Dayang marah...."


" Tak!"


" Dayang merajuk...."


" Tak!"


" Kalau tak, pergi kerja dengan Gib...."


" Tak mahu! Tepilah skit! Saya dah lambat......." Menyuakan muka jam di pergelangan tangan dekat dengan muka Gibran.


" Pergi dengan Gib....kalau tak nak, kita berdiri kat sini sampai esok! Sampai lusa pun boleh......sampai minggu depan lagi bagus." Mengancam pandangan Dayang yang merenungnya dengan mata membulat.


" Aduh....aduh.....orang ni...." Menyentuh dadayang sesak dengan rasa sakit hati. Berundur setapak dua ke belakang sehingga bersentuhan dengan grille pintu. Bergegar batang-batang besi itu.


" Dah penat ke berdiri? Tak sampai seminit lagi....macam mana nak tahan sampai esok, lusa.....minggu depan....."


Berdiri tegak kembali. " Awak ni kan....kalau bukan sebab saya dah lambat....saya....saya..... "


" Okay, jom kita pergi kerja." Menepi. Membuka jalan untuk Dayang. Senyum manis tak bersalah setelah membuat kacau di rumah orang.


Dayang menonong menapak ke lif. Mulut membebel butiran yang tidak jelas di pendengaran Gibran. Lelaki itu hanya tersenyum memandang pintu lif. Lega kerana Dayang mengalah juga. Tinggal nak pujuk sisa-sisa rajuk yang sahaja.


" Morning akak!" Suara ceria budak tadika romeo menyapa. Dayang dan Gibran toleh ke belakang serentak. Kanak-kanak itu mengalas beg dan bekas air. Mungkin mahu ke sekolah. Senyum dilempar buat kanak-kanak itu dan si ibu. Apabila intu lif terbuka. Semua memasuki perut lif untuk ke tingkat bawah.


" Ibu! Akak ni girlfriend Afiq." Budak tadika romeo memberitahu ibunya tiba-tiba. Gibran terkejut. Girlfriend? Hei! Ini isterinya!


Dayang pula pandang si ibu kemudian si kecil. Bibir ukir sengih segan. Budak ni...


" Afiq....." Si ibu yang mungkin berusia di awal 30-an menegur.


" Afiq nakal sikit....." Sambungnya. Senyum.


" Adik Afiq.....akak ni tak boleh jadi gilrfriend Afiq....." Gibran menyampuk.


Afiq terkbil-kebil. " Kenapa?" Soalnya tak faham.


" Dia dah berpunya...."


" Hah?" Tak faham lagi. Blur muka budak Afiq.


" Akak ni dah ada boyfriend...." Sambung Gibran. Berharap budak kecil tu dapat faham kata-katanya kali ini.


" Urmmm.....tapi akak suka kita....kan?" Mendongak pandang Dayang. Kecewa muka si Afiq.


" Suka.....comel Afiq. Jangan dengar abang cakap. Dia jealous...."


Pintu lif terbuka. Dayang memberi laluan untuk Afiq dan ibu melangkah keluar. Gibran tahan pintu. Juga tahan perasaan. Sebal dengan budak Afiq!


" Bye akak." Aju si ibu kepada Afiq.


" Bye....bye....akak!" Afiq melambai-lambai menuju ke tempat parkir bersama ibunya. Dayang membalas. Sejuk hati yang sakit bila tengok budak-budak senyum....


" Kereta awak mana?" Tanya Dayang. Tak nampak pula kereta hitam Gibran.


" Gib parkir kat sana. Tadi sini penuh."


" Awak ambik kereta. Saya tunggu sini....."


" Ikutlah...."


" Aduh! Kaki saya sakit......"


" Yelah. Tunggu. Jangan pergi mana-mana." Pesan Gibran.


Dayang sengih. Mengiakan tidak, mengangguk juga tidak. Ada agenda tersembunyi.


Hilang kelibat Gibran. Dayang buka langkah. Berdesup hilang ke stesen bas!





Sekeping kad dan sejambak bunga elok terletak di meja kerjanya. Memandang sekeliling mencari-cari kelibat orang yang meletakkan semua itu. Dia tak nampak sesiapa kecuali Rabiah, atau nama glamournya Bee. Rakan sekerja yang sama-sama bergelumang dengan kerja menimbum di syarikat ini.


Bee yang sedang duduk-duduk santai sebab waktu pejabat belum bermula didekati. " Siapa yang letak kad dengan....."


" Yang tu ke? Aku. Tadi aku terserempak dengan sorang budak lelaki, dia suruh kasi kat kau."



" Ye ke? Siapa?" Bersungguh Dayang nak tahu.


" Entah. Dah laa mintak tolong orang lepas boleh pulak budak tu main ugut-ugut. Dia cakap...kalau akak tak kasi dekat Dayangku Inara, saya cari sampai lubang cacing! Nasib tak aku tak luku je kepala budak tu...."


Dayang sengih segan. " Dayang ingat Bee tahu, tak apalah Bee...." Kembali ke mejanya.


Kad yang berada di atas meja dicapai. Dibelek-belek seketika. Kad cinta ke? Ke kad ugutan? Ugutan?! Uish....


Perlahan-lahan kad dikeluarkan dari sampul. Cantiknya. Tulisan yang tertera pada dada kad dibaca dalam hati.


Setia menanti awak.....

Your H


Kad dilempar ke meja. Mengelabah membaca apa yang tertulis. Tak semena-mena berdetap-detup dadanya. Your H? Siapa pula orang bernama H yang dia kenal? Tak mahulah semua ni!


Kerusi kerja ditolak ke belakang. Kad masukkan kembali ke dalam sampul. Jambangan bunga dicapai. Melangkah ke meja Bee.


" Bee! Kau kasi balik bunga ni dekat budak tadi. Dia salah orang."


Bee kalih pandang dari skrin komputer ke wajah Dayang. " Betul ke? Dah baca kad? Macam mana nak bagi balik dekat budak tu. Dia dah sampai mana-mana ntah. Bukan budak florist. Kalau tidak boleh kita hantar pergi kedai dia....."


" Dah! Orang yang hantar nama H je. Dayang tak kenal."


" Ish! Kau ni, mestilah orang tu tulis nama samaran. H je, sebab tu kau tak kenal." Mengambil kad di tangan Dayang. Terang-terangan nama Dayang yang tertulis pada sampul.


" Dayang tak naklah...."


" Nak ke tak nak ke, kena ambk jugak. Tu bos dah datang...."


Dayang bergegas kembali ke mejanya. Kepala sarat memikirkan orang yang menghantarkan bunga dan kad yang tertulis ayat semanis madu itu. H? Siapa kamu? Hulk? Hans Isaac? Mengeleng-geleng. Bibir ukir sengih lucu. Janganlah.....


Untuk versi penuh dapatkan novel Hati Bertanya Siapa Kamu di kedai-kedai buku berhampiran anda. Boleh juga layari http://www.karyaseni.my/ untuk pembelian secara online.

9 ulasan :

  1. H utk husband ya...hehee...akhirnya setelah sekian lama...

    BalasPadam
  2. lame tgu finally de e3 bru gak

    BalasPadam
  3. huhu...lamanya tunggu....h untuk hubby o honey eh...ish...memandai je

    BalasPadam
  4. alahai dayang, h utk hubby....

    BalasPadam
  5. H untuk Hulk pun boleh jugak kalau Dayang asyik tunjuk degil je. hahaha

    BalasPadam
  6. musang berbulu ayam?kehkehh

    BalasPadam
  7. miss eliscia..finally dayang is coming..u know penantian suatu penyeksaan:)

    BalasPadam
  8. mmg terbaek laaa..
    akak pun suka dgn semua sentuhan karya2 awk..
    teruskn usahaa...

    BalasPadam
  9. pndai dayang cari peluang larikan diri.. hihihi.nakal je dayang ni

    BalasPadam