U n Uols

Rabu, Jun 22, 2011

INI KISAH KITA BAB 4

Hari ini merupakan hari pertama Sara Cempaka memulakan kerjanya. Baru sahaja selesai melaporkan diri. Separuh rela sahaja hatinya memulakan kerja di syarikat ini. Impian untuk mencari pengalaman kerja sendiri terpaksa dilupakan. Tidak sanggup pula untuk menolak permintaan emak dan nenek.


Kata-kata emak yang menyebabkan dia tidak sanggup untuk menolak………….



“ Sara kerjalah dekat syarikat nenek ya? Dah la emak tak dapat tolong nenek. Memang mak tak pandai urusan syarikat ni. Nasib baik ada Pak Long yang bantu nenek. Sara anak yang sulung, dah jadi tanggungjawab Sara untuk gantikan emak. Emak ni, setakat urusan butik tu bolehlah. Sara lain, sara ada kebolehan ada pelajaran……..bantu nenek. Balas budi nenek dekat kita…."




Tidak dapat tidak, kata-kata emak berbekas di hati. Setelah menimbang semasak-masaknya, dia menerima tawaran kerja daripada nenek. Disertakan pula dengan syarat. Jangan sesekali mengumunkan bahawa dia adalah cucu kepada pemilik syarikat. Biarlah kakitangan yang lain menilai kebolehannya tanpa nama nenek mahupun nama Pak Long Arsyad. Menjadi anak yang sulung besar tanggujawab yang tergalas di bahu. Besar harapan yang disandarkan kepada dirinya.




Bertembung dengan Raqib Aryan di depan pintu bilik En. Arsyad. Sudah hampir dua minggu Raqib Aryan memulakan tugasnya. Sara Cempaka sekadar menganggukkan kepala. Tanda hormat kepada orang yang berjawatan lebih tinggi daripadanya. Kata nak rahsiakan bahawa dia cucu nenek. Bukan ke pelik kalau baru sahaja melaporkan diri sudah boleh berbual mesra dengan orang yang besar pangkatnya dalam syarikat. Ketua Pegawai Operasi lagi! Sedangkan dia cuma menjawat jawatan yang biasa. Mahu menimba pengalaman.



Sara Cempaka naik ke tingkat ini kerana dipanggil En. Arsyad setelah melaporkan diri di bahagian Pentadbiran dan Pengurusan. Bahagian di mana dia akan bertugas nanti. Pak Long sekadar mahu mengucapkan selamat datang ke syarikat ini dan berterima kasih kerana sudi menerima tawaran nenek. Kata Pak Long, dia lega kerana syarikat ini akan ada pewarisnya. Pelapis daripada keluarga sendiri.



Memandang ke wajah Raqib Aryan yang beriak terkejut. Keputusannya untuk bekerja di syarikat ini tidak dimaklumkan kepada Raqib Aryan. Mahu membuat kejutan. Nyata kejutannya menjadi. Kedua-duanya hanya saling memandang tanpa kata.


“ Cik Sara….ini En. Muhamad Raqib Aryan, our boss.” Perkenal setiausaha kepada Pak Long Arsyad, Anisa yang turut berdiri tanda hormat.


“ Oh! Sorry….Sara Cempaka. Pekerja baru…..” Pekenal Sara. Terpaksa berlakon pulak. Siapa suruh letak-letak syarat?


“ Pekerja baru? ….Bahagian mana? Jawatan apa?” Soal Raqib Aryan.” Betul-betul ingin tahu. Dia tidak tahu menahu akan penyertaan Sara Cempaka ke dalam syarikat ini. Tiba-tiba sahaja muncul di depan mata. Patutlah bila ditanya tentang perancangan kerja Sara sekadar mengatakan, ada tawaran…….entahkan dapat ditolak entahkan tidak. Mungkin juga ada kejutan buat dirinya. Rupanya inilah kejutan yang dimaksudkan Sara. Aryan tersenyum lebar.


“ Ya Encik, pekerja baru….bahagian Pentadbiran dan Pengurusan. Eksekutif pentadbiran….”


Mengangguk perlahan. Sara berencik dengannya? “ I Raqib Aryan….” Mengikut rentak Sara Cempaka. Tangan dihulur untuk berjabat tangan. Sara menyambut, bibir mengukir senyum. Cantiknya Sara dalam persalinan korporat ini…..


Anisa memandang pelik. Sejak tadi dia yang mengiringi Sara Cempaka ke bahagian Pentadbiran untuk melaporkan diri, kemudian memperkenalkan Sara Cempaka kepada kakitangan syarikat kerana ditugaskan En. Arsyad. Gadis ini dilihat menyambut huluran salam kakitangan perempuan dengan erat dan sekadar menyentuh hujung jemari kakitangan lelaki. Kenapa huluran tangan En. Raqib bersambut erat pula? Ke dia yang tersilap pandang?



Tangan yang bertaut kejap ditarik perlahan. “ See you again….Mr. Raqib…..I need to go….” Sara Cempaka meminta diri.


Raqib Aryan berat hati. Masih ingin menatap seraut wajah itu. Rindunya mengunung kerana sudah seminggu mereka tidak dapat berjumpa. Sekadar berbual di telefon tidak cukup baginya. Kesibukkan kerja memang menghambat. Tak boleh buat apa. Keluar rumah di awal pagi dan pulang ketika hari sudah gelap. Jawatan yang di sandangnya menuntut komitmen yang tinggi.



Balik kerja tu, aci dia nak keluar ke rumah Mak Ngah mesti kena tahan dengan nenek. Orang tua itu seperti tahu-tahu sahaja tujuan dia ke sana, sebab nak jumpa Sara. Sejak pulang ke Malaysia ni, nenek seakan-akan tak bagi dia terlalu rapat dengan Sara. Ke nenek dah dapat baca apa yang tersirat di hati?



Bukan bermakna nenek tak sayangkan Sara. Sara cucu emasnya. Cucu perempuan tunggal dalam keluarga. Tapi nenek betul-betul tak nak mereka rapat lebih daripada abang dan adik. Dekat luar negara dulu nenek tak boleh buat apa sebab jauh. Dah balik Malaysia ni, dia jaga betul-betul! Mummy dengan daddy ikut sahaja kata-kata nenek. Mummynya dengan Mak Ngah lagilah, hitam kata nenek maka hitamlah kata mereka. Merah kata nenek, maka merah jugalah kata mereka. Besar sungguh pengaruh orang tua itu dalam keluarga ini!



Tindakan nenek membenarkan Sara Cempaka bekerja di syarikat ini memberi ruang dan peluang untuk dia bersama Sara. Berlainan jabatan? Bukan penghalang…..asalkan jangan nenek yang muncul tiba-tiba menghalang dia bertemu dengan Sara.


“ Ya…..jumpa lagi……” Memandang hayunan langkah Sara Cempaka yang berlalu pergi. Terbetik pula rasa gusar di hatinya. Tentu sahaja Sara Cempaka memakai status single. Dan status itu akan menjadi alasan kepada lelaki-lelaki buaya di syarikat ini untuk mengoda buah hatinya.



Buah hatinya pula punya aura yang bisa menarik pandangan mata lelaki. Bertubuh langsing, berkulit putih, dan bermata bundar dengan alis mata yang melentik. Hayunan langkahnya sahaja sudah membuatkan lelaki tertoleh-toleh, apatah lagi menatap seraut wajah itu. Oh my God!



Kegusaran yang bertandang tanpa di minta memakukan langkahnya di hadapan pintu bilik En.Arsyad. Bunga sudah berada di tamannya, tak akan sesekali dibiarkan terlepas ke tangan yang lain. Tidak sanggup!


“ En. Raqib......”



“ Encik…..are you okay?” Tanya Anisa yang masih berada di meja kerjanya.


“ Ya…ya….I’m fine……” Memalingkan tubuh. Tombol pintu dipulas. Melangkah masuk ke dalam bilik En. Arsyad. Ada hal penting yang mahu dibimcangkan dengan daddynya.





****************************************************************************






Telefon bimbit di atas katil berlagu-lagu. Berlari-lari Sara Cempaka keluar dari bilik air. Semput nafasnya. Sempat mengerling nama si pemanggil, ‘Mr. Hubby’ . Senyuman melebar.


“ Assalamualaikum……” Sapanya terlebih dahulu.


“ Walaikummussalam….” Jawab si pemanggil.


“ Telefon malam-malam ni nak apa?”


“ I miss you……..susah betul nak berjumpa….” Keluh suara itu.


“ Nenek?”


“A’aah…….you know. Kenapa tak bagitau sertai Armada juga. I’m really surprised……terserempak dengan Sara….”


“ Kan dah cakap…..maybe ada kejutan. Itulah kejutannya…..” Sara Cempaka tergelak.


“ Lepas jumpa Sara tadi…..tiba-tiba rasa menyesal pulak bagi you kerja. Can I take it back…….hmm…..kebenaran bekerja tu?”


Sara Cempaka di talian sebelah sini sudah berdiri tegak. “ Please…….janganlah. Dah janji dulukan…..nak bagi Sara bekerja……takkan nak tarik balik? Buruk siku pulak nanti……..” Terdengar ketawa si pemanggil.


“ Tak baik doakan suami sendiri……”


“ Bukan doa…….ingatkan aje….”


“ Promise me………bawak diri baik-baik. Kalau ada yang nak mengorat jangan melayan. Cakap je single but not available!”


“ Yes!......Mr. Raqib. Saya akan menurut arahan.”


“ Make sure!” Tegas Raqib Aryan.


“ Iya…..iya….” Sara Cempaka terangguk-angguk sendiri. Bab mengingatkan orang serah dekat dia aje….memang pakar!


"Promise jugak....jangan kasi tau sesiapa Sara cucu nenek." Kata Sara Cempaka lagi.


" Semua nak rahsia....okey I ikut....Hmm.....Nak datang rumah boleh?” Aju Raqib Aryan. Betul-betul memaksudkan apa yang dikata. Kalau dia menyelinap rasanya tidak akan ada yang perasan. Elman? Aduh! Adiknya itu bukan reti tidur awal. Padahal kuliahnya di waktu pagi. Menganggu perancangannya sahaja.


“ Nak datang? Boleh kot….. mak dengan adik-adik dah tidur. Sara tolong bukakan pintu……..okey ke kat sana? Semua dah tidur?”


“ Semua tidur, kecuali budak sorang tu……”


“ Elman?”


“ Budak itu laa…..”


“ Dah settlekan dengan Elman pasal syak wasangka dia?”


“ Hmm……dah. Entahkan dia percaya…..entahkan tidak. Elman kan…….?”
Tercetus ketawa Sara Cempaka. Belum apa-apa Elman sudah menyerbu dia dengan soalan panas. Buat orang tidak senang duduk sahaja.


“ Betul-betul nak datang ke? Nak panjat gate ke nak Sara bukakan?”


“ Tolong bukakan pintu rumah je. Nanti bising pulak bunyi gate tu….I panjat je. Setakat pagar rumah tu, apalah sangat….”


“ Okey. Careful……” Pesan Sara Cempaka.


“ Okey, jumpa kejap lagi….” Talian dimatikan.



Pintu bilik dikuak. Melangkah turun ke tingkat bawah. Kunci rumah di belakang pintu dicapai. Langsir diselak, mengintai-intai ke luar rumah. Menunggu kelibat suaminya. Boleh ke Aryan panjat pagar tu? Boleh tahan jugak tingginya. Hatinya pula berdebar tak kena gaya……takut tertangkap ke? Risau je….

13 ulasan :

  1. nk panjat pagar pulak!! kantoi nanti nk bg alasan apa???

    BalasPadam
  2. ahahlah,,kntoi kang camana,,hehehe

    BalasPadam
  3. mak oi, nak jumpa suami sendiri pun terpaksa curi2. adventure! hehe..

    BalasPadam
  4. alahai kesian nya, sampai kena seludup masuk rumah nk visit wifey ni...

    BalasPadam
  5. nk jumpe pn kne sorok2...kesiannn...huhuhu
    smbng next n3 cpt ea...

    BalasPadam
  6. aduh.....xsbor nyer nk bce n3 bru...biar btul nk pjat pgar...hehheheeh

    BalasPadam
  7. demi mu sayang...
    pagar pon sggup pnjat mlm2 buta..
    hihihi

    BalasPadam
  8. nak melepaskan hajat lah tu... bila nak dapat baby... ke guna protection selama ni???

    BalasPadam
  9. Arghh menariknya..nanti kt ofis mesti ada mamat nk tackle sara smpi mr huby jeles kan kan..xkan xda sorang pun fmly membe yg tau depa dh kawin n bg moral suport..nx n3 pliss

    BalasPadam
  10. =]seronok bace

    BalasPadam
  11. hahaha... mmg kelakar la depa 2 ni. Kahwin dah la senyap-senyap. Lps tu nk jumpa mcm pencuri plak dah. he.... ;D
    mmg best la ceta ni, waiting for next entry.

    BalasPadam
  12. hahaha...ni la yg dikate..lautan api akn kuredah,ini kan pula pagar umah sebelah..mmg tarahal pnyer la..kui3..panjat jgn xpanjat aryan ^^

    asenye,ngan elman tu bley wat geng tu..terus terang je..pastu sogok sket..sure ttp mulut tu..kui3..

    BalasPadam
  13. ha3...chomelnyerr 2-2 nih...kih3..

    BalasPadam