U n Uols

Isnin, Mac 21, 2011

KAU DAN AKU BAB 8 (bahagian 2)

Keluar sahaja dari perut kereta Min berjalan pantas. Tidak mahu seiring dengan Luth Qadri. Cepat-cepat dia menahan pintu lif yang hampir tertutup. Luth Qadri yang mengekor dari belakang sempat juga meloloskan diri. Keadaan yang agak sesak di dalam lif ketika itu menyebabkan mereka berdua hanya mendiamkan diri. Sesekali mereka mencuri pandang. Min dengan jelingan marah manakala Luth Qadri dengan jelingan nakal. Tiba di tingkat mereka, Min masih lagi dengan langkah pantas. Langsung tidak berhati-hati sehingga terlanggar meja yang terdapat dilaluan. Hampir sahaja dia terjelepuk jatuh. Mujur tangan cekap berpegang di hujung meja.


“ Hah! Lain kali jangan jalan elok-elok. Laju macam orang nak marathon….hahaha.” Perli Luth Qadri. Sengaja menyakitkan hati. Siap ketawa lagi. Min yang baru hendak bertenang akibat kejadian tadi terasa hendak dihempuk-hempuk sahaja lelaki itu.


“ Nak I tolong ke?” Tanyanya lagi.


“ Tak payah.” Marah Min. Sudah diketawakan puas-puas baru nak bagi pertolongan.


“ Are you sure?”


“ Yes! Sangat-sangat pasti. Kalau ya pun I lebih rela mintak tolong daripada orang lain.”


Kening Luth Qadri terjungkit sedikit. “ Aah…okey.” Dia berlalu ke biliknya. Sebelum masuk sempat dia mengenyitkan mata kepada Min. terdengar degusan Min. Geram sebenarnya dengan kelakuan Luth Qadri. Sampai hati ditinggalnya aku macam tu je. Memang manusia tak ada perasaan. Kaki yang sakit dibeleknya. Terdapat kesan lebam. Inilah padahnya jalan membabi buta. Diri sendiri yang merana. Dengan langkah yang tidak normal, dia menuju ke meja kerjanya. Lega dapat melabuhkan punggung. Kaki yang sakit dibelek lagi. Kemungkinan kakinya tergeliat kerana hendak mengelak daripada terjatu tadi. Digosok-gosok kaki dengan telapak tangan.


“ Dah balik? Awalnya. Masa rehat ada lebih kurang 15 minit lagi.” Sapa Aida yang baru keluar dari pantry.


“ Tak ada selera nak makan. Kau tak keluar makan?”


“ Tak, aku suruh Ikin tolong tapaukan tadi. Baru sudah makan ni. Aku pun tak ada selera tau, makan sorang-sorang.” Aida buat suara manja. Sempat dia menangkap perlakuan Min yang sedang mengurut-ngurut pergelangan kakinya.


“ Kau kenapa?”


“ Sakit, kaki aku ni tergeliat agaknya. Tadi terlanggar meja depan tu. Bos kesayangan kau tu pula selamba badak ketawakan aku. Bukannya nak ditolong.” Min sudah keluar aura suara sedih.


“ Yeke? Sakit sangat ke? Meh sini aku tengok….kau ni itu pun dah nak nangis. Kata minah brutal. Tapi dalam hati ada taman bunga….hahaha…..em….tak teruk sangat. Sikit je ni. Balik nanti kau taruk minyak. Mesti baik punya.” Kaki Min dibeleknya.


“ Hah, ketawalah puas-puas kena dekat kau baru rasa sakitnya.” Marah Min.
“ Tak baik kau doakan aku macam tu. Yelah diakan dah ada bos. Aku ni siapa….bos kan...” Pap! Aida kena baling dengan Min sebelum sempat menghabiskan kata-katanya. Baik punya kawan ada ke dibalingnya aku dengan pen. Nasib tak tercucuk kat mana-mana. Kepala yang terkena balingan Min digosok-gosok.


“ Padan muka. Cakap lagi, cakap lagi. Karang aku baling dengan bekas-bekas ni sekali.” Marah Min.
Aida goyang tangannya. Tanda tak nak. Muka cemberot. “ Sakitlah….eh, kau dengan bos tu ada skandal kan? Dia yang kita jumpa masa kat restoran dulu kan?” Tanya Aida beria-ria. Muka dah bersinar-sinar. Riak cemberot hilang entah ke mana.


“ Kalau tak cakap pasal dia tak boleh ke? Bertambah sakit kaki aku ni. Da tolong urut.” Pinta Mi manja.
Belum sempat Aida jawab satu suara lain menyampuk perbualan mereka.
“ Meh I tolong urutkan. Tadi jual mahal.” Luth Qadri melutut di hadapannya. Tangan sudah menyentuh pergelangan kaki. Min tak sempat mengelak.


“ Eh…eh….tak payah….dah tak sakit.” Tangan Luth Qadri cuba ditolak-tolak. Aida yang berada di hadapannya dipandang. Menghantar isyarat mata.Tolong aku Aida. Gadis itu buat-buat tidak faham. Tersengih-sengih sahaja.


“ Belum baik lagi ni….” Kata Luth Qadri. Sengaja berlama-lama mengurut kaki Min. Bukan mengurut sebenarnya, lebih kepada mengambil kesempatan.
Terdengar suara dan derap kaki memasuki bahagian mereka. Lantas Min cepat-cepat menarik kakinya. Luth Qadri yang turut menyedari staf-staf lain sudah masuk ke pejabat, membiarkan tindakan Min.


“ Kalau tak baik, esok I urutkan lagi.” Kata Luth Qadri sambil berdiri kembali. Harap-harap esok tak baik jugak. Pinta Luth Qadri dalam hati. Adalah peluang dia hendak dekat-dekat dengan Min lagi. Tanpa sedar dia tersengih jahat.
Min yang terperasan akan sengihan itu tertanya-tanya sendiri. Apa hal mamat ni?


“ Okey, Aida right? Tolong tegokkan Min. Kalau ada apa-apa you inform I.” Arah Luth Qadri.
Aida yang sedang terinta-intai perlakuan mereka kaget sebentar apabila Luth Qadri berpaling kepadanya.


“ Okey…..okey bos.” Balasnya.
Kelibat Luth Qadri sudah menghilang ke biliknya. Min memandang Aida yang tersengih-sengih. Faham makna sengihan itu. Matanya sengaja dijengkilkan.


“ Aku tak cakap apa-apa….” Kata Aida sambil mengangkat kedua-dua tangan apabila melihat Min hendak membaling dirinya dengan pen sekali lagi. Cepat-cepat dia ke meja kerjanya. Tidak mahu mencari pasal lagi.


“ Pergi buat kerja.” Arah Min.

Untuk versi penuh dapatkan novel Kau Dan Aku di kedai-kedai buku berhampiran anda. Boleh juga layari www.p2u.my untuk pembelian secara online.

1 ulasan :